- Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
- Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
- Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
- Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
- Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyk kepada mu
i love you,friend and other
Thursday, 8 December 2011
ciri-ciri sahabat yang patut ditinggalkan
betulkah sahabat datang dan pergi???
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?
Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.
Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.
Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.
Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..
Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"
Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.
Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".
Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan"
Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup.
Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim
Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang.
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.
"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"
maksud sahabat
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Tuesday, 6 December 2011
10 PeRsAhAbAtAN YANG BAIK
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9)Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Jom kita bersahabat jdi x pyh buat sahabat kita menjadi benci kepada kita ok??
Monday, 5 December 2011
megenali cinta sejati anda...
Mengenali cinta sejati?
Tahukah anda, cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira. Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu. Berbalik kepada isu buta cinta tadi, akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat.
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
erti cinta sejati??
Erti cinta sejati?
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati.

Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja. Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia?
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri. Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa. Oleh itu, berusahalah untuk memahami cinta sejati, pasti anda akan menemukan jodoh anda.
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah anda menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua. Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan. Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa, tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya. Bila bertemu cinta, usahalah untuk tidak buta, walaupun peribahasa mengatakan ‘cinta itu buta’. Hakikatnya, buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia. Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘chemistry’.
Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua....
Sunday, 4 December 2011
sahabat selamanya
ERTI PERSAHABATAN
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku.

Subscribe to:
Posts (Atom)